TIPS MENABUNG BAGI FRESH GRADUATE

by - May 26, 2018



Assalamualaikum and salam ramadhan readers! Okay hari ni aff nak share beberapa tips menabung bagi guys yang baru habis study or adik2 yang tengah study boleh jugak follow up tips ni untuk masa depan korang :) 
Bagi Fresh Graduate yang baru sahaja menamatkan pengajiannya, adik-adik boleh ambil tips-tips berguna ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
.
Tips kewangan ini sangat berguna bagi adik-adik untuk memulakan kehidupan bekerja dari zero. Macam mana nak uruskn kewangan supaya adik-adik dapat bayar hutang, kukuhkan kewangan, dan tidak berlaku kebocoran wang tiap bulan.
.
Penting ilmu ni..
.
.
1. Cari pekerjaan yang dekat dengan tempat tinggal
Bagi adik-adik yang baru nak menapak dalam alam pekerjaan, seeloknya carilah pekerjaan yang dekat dengan tempat tinggal. Sekurang-kurangnya adik dah kurangkan kos untuk menyewa rumah atau bilik.
.
Kalau tinggal dengan parents, lagi bagus. Sebab kos untuk makan pun tak perlu difikirkan lagi. Balik rumah, mak dah masakkan.
Lagipun, kerja dekat dengan rumah ini dapat kurangkan kos perjalanan seperti minyak dan tol. Lagi-lagi zaman sekarang ni kos minyak dan tol dah semakin tinggi.
.
Kalau adik-adik dapat kerja, cepat-cepat semak kos perbelanjaan minyak dan tol pergi balik. Berapa kos perjalanan sehari dan kali dengan sebulan. Biar berbaloi dengan gaji.
.
.
2. Dapatkan kerja secepat mungkin
Kalau adik-adik dah habis belajar, cepat-cepat cari kerja sebab lagi lambat adik bekerja, lagi lambatlah adik nak kumpul pengalaman. Pengalaman ini penting sebab banyak syarikat nak tengok pengalaman kita kerja.
Tidak kisahlah kerja apa pun, asalkan kita bekerja dan gaji bersesuaian. Bagi awal-awal ni, jangan terlalu memilih nak gaji ribu-riban. Sebab adik-adik kan fresh graduate, pengalaman tak ada lagi. Susah nak dapat kerja yang offer gaji lebih baik. Jadi kerja saja dulu untuk timba pengalaman.
.
Lagi satu, kalau adik lambat kerja, lambatlah kumpul caruman KWSP. Lambat kumpul, dah tua nanti tak banyak sangat lah simpanan untuk pencen. Sebab itu adik-adik tak boleh memilih kerja. Kerja sahaja.
.
.
3. Jangan beli kereta baru dahulu
Seeloknya, adik-adik jangan sibuk dan gatal tangan nak beli kereta baru. Walaupun gaji adik mungkin dikatakan mampu untuk beli kereta, tapi sabar dulu.
.
Sebab apa? Sebab tips kewangan ini untuk kukuhkan kewangan adik-adik. Naik sahaja motor pergi kerja. Lagi jimat kos minyak dan tol. Tambah-tambah kalau pagi-pagi jalan jem, senang nak cilok dengan motor.
.
Tapi, kalau adik-adik rasa bahaya naik motor, boleh pakai kereta parents dulu. Minta parents hantarkan ke, tumpang kawan sekerja ke, atau naik pengangkutan awam.
.
“Jadi bila waktu sesuai untuk beli kereta?”
Bila adik-adik dah kerja lebih 2 tahun, waktu tu kewangan adik pun dah kukuh dan adik-adik dah boleh mula untuk beli kenderaan.
.
.
4. Belajar buat bisnes
Zaman sekarang ni zaman teknologi sehinggakan telefon bimbit (handphone) tidak boleh renggang dari tangan.
Sebab apa?
Sebab zaman sekarang ni, dari smartphone je dah boleh buat duit. Jadi, adik-adik boleh belajar buat bisnes kecil-kecilan dengan menggunakan segala teknologi terkini ini.
.
Kalau rasa tak tahu nak buat bisnes apa, boleh jadi dropship kepada mana-mana produk. Pilih lah produk yang murah dan laris dijual.
.
Sekurang-kurangnya adik-adik boleh tambah income dengan mudah sahaja. Daripada adik bazirkan masa scroll ig dan fb, Whats app We chat sana sini.
Betul tak?
.
.
5. Buat anggaran perbelanjaan
Kenapa penting untuk buat anggaran perbelanjaan ni?
.
Benda ni penting sebab ia boleh kawal dan aturkan kewangan adik-adik.
.
Dengan membuat anggaran perbelanjaan, adik-adik akan tahu ke mana sahaja wang adik-adik akan disalurkan. Sekurang-kurangnya duit gaji adik tak habis macam tu sahaja sebab dah ada anggaran perbelanjaan.
.
Kira siap-siap dari gaji adik-adik berapa banyak untuk bagi ibu bapa, simpanan, PTPTN, kos makan, kos minyak, dan lain-lain.
.
Kalau adik-adik ada nak beli barang untuk diri sendiri, pun boleh masukkan berapa bajet untuk dibelanjakan. Sebab kalau adik tak buat bajet, semua barang adik sapu, tahu-tahu gaji adik habis.
.
Sebab tu pentingnya buat anggaran perbelanjaan setiap bulan.
.
.
6. Rancang simpanan duit
Simpanan duit sangat penting untuk adik-adik bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Simpanan yang macam mana perlu adik-adik menyimpan?
.
Pertamanya, adik-adik boleh buat simpanan tetap seperti saham ASB yang memberikan adik-adik dividen setiap tahun. Yang paling best, adik-adik buat simpanan untuk RM10,000 selama 5 tahun dan bayar RM200 setiap bulan. Setiap tahun, adik dapat dividen untuk RM10,000 nya simpanan.
.
Selain itu, adik-adik pun boleh buat simpanan dalam Tabung Haji sebab dengan simpanan dalam Tabung Haji baru lah adik-adik tak boleh nak keluarkan duit dengan mudah.
.
Kalau adik-adik simpan dalam bank biasa, mudah-mudah saja adik keluarkan balik duit simpanan adik tu samada melalui ATM atau oline banking sahaja. Betul tak?
.
Adik-adik juga boleh buat simpanan secara tak sengaja. Macam mana tu ye?
.
Simpanan tak sengaja adalah duit baki yang adik ada lebihan beli barang atau makan seperti RM5 adik campakkan dalam tabung. Ada sahaja RM5 terus campak tabung.
.
Dengan menyimpan secara konsisten, cukup bulan, adik kumpul semua duit tabung tu dan masukkan dalam Tabung Haji atau ASB. Simpan terus. Cara macam ni pun turut membantu tau.
.
Dan akhir sekali, adik kena buat simpanan untuk kecemasan. Sebab kita tak tahu kan, tup-tup adik terdesak nak pakai duit nak servis motor ke, pergi klinik ke, atau lain-lain. Sekurang-kurangnya adik dah ada simpanan untuk kecemasan.
.
.
7. Kurangkan hutang PTPTN
PTPTN ini lah yang selalu menghantui adik-adik Fresh Garduate. Lagi-lagi kalau adik tak dapat first class untuk membolehkan adik memohon pengecualian pembayaran balik PTPTN tu.
.
Jadi, bagaimana caranya untuk adik-adik nak kurangkan hutang PTPTN ni?
.
Macam ni, tahukah adik-adik yang selepas sahaja adik tamatkan pengajian, adik mempunyai tempoh 6 bulan free-interest untuk PTPTN?
.
Maksudnya di sini, selepas 6 bulan adik-adik tamat belajar, baru pihak PTPTN mula mengira jumlah ujrah yang perlu adik bayar setiap bulan. Sebelum tu, tiada ujrah dikenakan lagi.
.
Oleh itu, dalam masa tempoh 6 bulan free-interest ini lah adik-adik bayar hutang PTPTN adik untuk kurangkan jumlah ujrah yang perlu ditanggung setiap bulan nanti.
.
Katakanlah adik pinjam RM22,750 dari PTPTN. Adik bayar hutang PTPTN sebanyak RM250 setiap bulan untuk 6 bulan pertama tu. Kiranya adik dah kurangkan hutang PTPTN adik kepada RM21,250.00.
.
Pengiraannya adik boleh lihat seperti di bawah ini:
Sekiranya adik tidak kurangkan hutang PTPTN semasa tempoh 6 bulan free-interest
Jumlah Ujrah : RM22,750 X 1% = RM227.50 /setahun
Jumlah yang perlu dibayar tiap bulan sehingga habis hutang : RM18.96
.
Tapi kalau adik kurangkan hutang RM1,500 (RM250 X 6 bulan)
Jumlah Ujrah : RM21,250 X 1% = RM212.50 /setahun
Jumlah yang perlu dibayar tiap bulan sehingga habis hutang : RM17.71
.
Lagi banyak adik-adik bayar hutang PTPTN semasa tempoh ni, semakin kuranglah kos ujrah yang adik perlu bayar setiap bulan.
.
.

8. Jangan ambil kad kredit
Peringatan yang sangat keras. Jangan sekali-kali adik-adik ambil kad kredit. Mungkin dia membantu adik-adik hidup bergaya, tapi kalau tak kena gaya, adik boleh muflis dalam usia muda.
.
Lagi-lagi selepas adik graduate, kewangan adik tak kukuh. Mungkin akan ada bulan-bulan yang adik tak mampu nak bayar hutang kad kredit. Benda ini akan mengganggu sewaktu adik nak minta loan bank.
.
Bila pihak bank lihat adik tak mampu nak konsisten bayar hutang kad kredit, adik-adik rasa pihak bank nak luluskan loan adik ke?
.
Sebab itu seeloknya adik jangan ambil kad kredit. Semua ini perlu untuk adik kukuhkan kewangan dahulu. Sebab nak menapak dalam alam pekerjaan ni bukan mudah. Macam-macam perkara adik kena hadap. Belum lagi yang berhenti kerja dan tukar kerja lagi.
.
.
9. Tambah ilmu baru
Bagi adik-adik fresh graduate yang belum kerja, adik-adik boleh tambahkan ilmu tentang perancangan kewangan supaya bila bekerja nanti tidak berlaku kebocoran wang.
.
Almaklumlah sekarang ni makin ramai anak muda yang bankrap dan muflis sebab salah percaturan dalam kewangan. Tambah-tambah lagi yang tiada ilmu tentang macam mana nak uruskan kewangan dengan betul.
.
Macam mana nak tambahkan ilmu kewangan ni?
.
Sekarang ni, macam-macam cara ada. Kalau adik tak boleh nak beli buku tentang rancang kewangan, cari saja dekat google. Pak cik google banyak jawapannya.
.
Kalau adik rasa tak faham dengan pembacaan dari google, adik pun boleh pergi ke pejabat AKPK untuk dapatkan cara pengurusan kewangan yang betul.
.
Dan tak rugi langsung untuk adik-adik tahu teknik pengurusan kewangan yang betul. Sebab ilmu ini akan menjamin masa depan adik menjadi lebih baik.
.
Bukan itu sahaja, malah pengurusan kewangan adik lebih teratur. Kalau adik boleh uruskan kewangan dengan sistematik, tak mustahil adik boleh teruskan hidup dengan selesanya.
.
Bahkan, pihak bank pun berminat untuk meluluskan loan adik-adik bila nampak kewangan adik yang teratur.
.


cc: AkademiJL

You May Also Like

8 comments