Alhamdulillah, Ramadhan Ya Karim

by - May 19, 2018




Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana diri ini diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk merasai serta menghayati ramadan pada tahun ini. Tahun ni aff berpuasa di Petaling Jaya memandangkan selepas aff internship di sini haritu selama 4 bulan, aff dapat sambung kerja di sini. Alhamdulillah :)

Agak sedih tahun ni sebab tak dapat berpuasa bersama dengan family di Terengganu tapi takpe aff memujuk diri demi mencari rezeki. Masa study dulu aff sudah merasai ramadhan di bumi Johor so now aff dapat rasa suasana di sini pulak. Seronok dengar bunyi kanak2 main mercun dengan riuh rendah, solat terawih dengan penduduk di sini. Teringat di kampung. Alahai T_T

Tahun ni jugak aff tak dapat raikan ramadhan dengan seorang insan yang aff kasih sangat iaitu tokwan. Bulan depan genap setahun arwah tokwan pergi. Aff doakan arwah tokwan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ameen.

Harini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Subhanallah cepatnya masa berlalu. So di bulan mulia ni aff nak share beberapa amalan sunat yang boleh kita amalkan :D

  1. Solat terawih
  • Solat terawih adalah solat sunat yang hanya dilakukan di bulan Ramadhan dan rugi sekiranya kita mengabaikan solat terawih. Kita boleh melakukan solat terawih di masjid atau bersendirian di rumah. Jadi, kita tidak ada alasan untuk mengelak daripada solat terawih.
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka
  • Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, segerakan berbuka puasa. Tidak kisah sekiranya kita ingin berbuka dengan kurma dan air kemudian solat Maghrib ataupun berbuka puasa dengan makanan berat tetapi jangan sampai berlebihan dan menyusahkan kita untuk solat maghrib dan solat terawih.
  • “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mana mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari dan Muslim)
  1. Melaksanakan makan sahur dan melewatkannya
  • Ramai yang memandang enteng tentang sahur kerana tidak ramai yang tahu tentang keberkatan sahur. Pada waktu sahur memudahkan kita untuk qiamullail dan membaca Al-Quran pada ketika di bulan yang lain kita sedang lena dibuai mimpi.
  • “Bersahurlah kalian, kerana pada sahur itu ada berkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
  • “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah adanya sahur.” (HR Muslim)
  1. I’tikaf
  • I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadat kepada Allah. Rebutlah peluang untuk datang ke masjid pada bulan Ramadhan kerana masjid adalah tempat untuk mendapat hidayah. Mereka yang ke masjid adalah mereka yang punya iman dalam hatinya kerana ketahuilah masjid adalah tempat yang paling berat untuk dikunjungi walaupun jarak hanya sejengkal.
  1. Membaca Al-Quran
  • Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran diturunkan. Gunakan kesempatan Ramadhan untuk membaca dan memahami Al-Quran sampai khatam. Bersihkan hati kita dengan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran walaupun hanya 1 juzuk. Pastikan kita meletakkan target yang spesifik untuk Ramadhan.
  1. Bersedekah
  • Banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan kerana pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda. Tidak kisah akan bilangan atau bentuk apa pun yang kita sedekahkan kerana Allah menilai hati dan keikhlasan kita ketika bersedekah. Ikutlah kemampuan kita.
  1. Memperbanyakkan doa
  • Doa adalah senjata kita umat Islam. Perbanyakkan doa kerana Allah pasti akan mengabulkan doa setiap hambaNya. Tambah-tambah doa sebelum kita berbuka dan juga doa ketika tahajud.
  1. Melakukan umrah
  • Pahala menunaikan umrah pada bulan Ramadhan sangat besar pahalanya dan berlipat kali ganda. Bayangkan pahala ketika solat di Masjidil Haram 100000 pahala berbanding tempat lain apatah lagi ketika bulan Ramadhan. Jangan lepaskan peluang bagi mereka yang berkemampuan.
  • “Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah.” (HR Bukhari dan Muslim)
  1. Memberi makan orang yang berbuka
  • Berkongsi rezeki ketika berbuka puasa supaya kita sama-sama dapat berbuka puasa dalam keadaan yang gembira dan dalam kenikmatan dalam berbuka puasa. Di samping itu, salah satu cara untuk kita merapatkan silaturrahim antara saudara seislam. Berkongsi makan dengan keluarga besar, kawan-kawan dan juga jiran sekampung pun boleh.
  1. Mencari lailatul qadar
  • Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang sangat special… malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Rasulullah sangat menjaga sepuluh malam terakhir demi mendapatkan Lailatul Qadar. Dengan itu, Rasulullah menyuruh kita mencari Lailatul Qadar dalam malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang kita untuk mencari Lailatul Qadar.


Itu adalah antara 10 amalan sunat yang dapat aff kongsikan. Marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan supaya Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, inshaAllah. Fokus utama kita adalah niat kerana ALLAH untuk semua ibadah yang kita lakukan.




You May Also Like

5 comments