­

FOBIA

by - August 19, 2017



Bila kita bercakap mengenai fobia, semua orang mempunyai perasaan fobia mereka terhadap sesuatu perkara or benda or binatang. Mungkin masih ada yang tak tahu FOBIA ni amende eh. Fobia adalah rasa takut yang berlebihan terhadap objek atau situasi tertentu. Ketakutan berlebihan ini boleh menyebabkan tekanan, kecemasan, serta kepanikan yang teruk dan boleh berlarutan. Berdasarkan jenis ketakutannya, fobia dibagi menjadi dua. Fobia yang pertama adalah fobia spesifik.

Fobia spesifik biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak atau remaja. Contoh-contoh fobia spesifik adalah fobia terhadap (kedalaman air atau ketinggian), fobia terhadap haiwan (ular, ulat, atau labah-labah), fobia dengan situasi (berjumpa dengan doktor, takut jarum suntik atau darah), dan fobia dari segi seksual.



Fobia jenis kedua adalah fobia kompleks. Jenis fobia ini biasanya bermula sejak dewasa. Salah satu contoh fobia kompleks adalah fobia sosial. Orang yang menderita fobia ini akan merasa cemas ketika berada di dalam kelompok sosial (gugup untuk bercakap di depan). Mereka takut dipermalukan oleh orang lain atau mempermalukan dirinya sendiri jika salah bicara. 
Selain itu, Jenis fobia kompleks juga adalah takut kepada tempat-tempat yang mana boleh menyebabkan mereka merasa terperangkap atau takut untuk meninggalkan rumah kerana risaukan dengan keadaan orang ramai. Walau bagaimanapun terdapat beberapa rawatan yang sesuai bagi merawat penyakit ini, seperti :
A. Terapi pertuturan.
Rawatan ini berkesan dalam mengatasi pelbagai fobia. Jenis terapi pertuturan yang boleh digunakan ialah:
1. Kaunseling: kaunselor biasanya akan mendengar permasalahan seseorang, seperti ketakutan ketika berhadapan dengan barangan atau situasi yang membuatnya fobia. Setelah itu kaunselor akan menyediakan cara untuk mengatasinya.
2. Psikoterapi: seorang psychotherapist akan menggunakan pendekatan secara mendalam untuk mencari penyebabnya dan memberi cadangan bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
3. Terapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behavioural Therapy / CBT): iaitu suatu kaunseling yang akan menggali fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang dalam rangka mengembangkan cara-cara praktif yang berkesan untuk melawan fobia.
B. Terapi pendedahan diri (Desensitisation).
Orang yang mengalami fobia sederhana boleh dirawat dengan menggunakan bentuk terapi perilaku yang dikenali dengan terapi pendedahan diri. Terapi ini dilakukan secara berperingkat selama tempoh waktu tertentu dengan melibatkan objek atau situasi yang membuatnya takut. Perlahan seseorang akan mula merasa kurang cemas atau takut. Kadang-kadang digabungkan dengan rawatan dan terapi tingkah laku.
C. Ubat-ubatan.
Penggunaan ubat sebenarnya tidak diasyorkan untuk mengatasi masalah fobia, kerana biasanya dengan terapi bicara saja sudah cukup berjaya. Walau bagaimanapun, ubat ini digunakan untuk mengatasi kesan-kesan fobia seperti kebimbangan yang berlebihan.


You May Also Like

3 comments