Bagaimana nak manage emosi
Assalamualaikum, and hye guys. Fuhhh baru beberapa hari tak update dah berhabuk blog aku nih, acah boleh nampak habuk. Lol. Okay, berbalik pada topik yang aku nak share hari ni MACAM MANA KORANG HANDLE DENGAN EMOSI KORANG BILA BERDEPAN DENGAN UJIAN/ MASALAH. Setiap orang dilahirkan dengan berbeza beza personaliti dan cara untuk perform or handle dengan pelbagai situation. Bagi aku, setiap emosi akan dipengaruhi dengan situasi or masalah. Jenis aku, alternatif paling berkesan bagi aku ialah pergi bilik member then ajak dorang sembang, gelak2, and sedikit sebanyak emosi aku akan jadi chill and cool. Kalau member2 takde pergi kelas ke, aku akan buka drama2 korea contohnya ''Descendent of the Sun'' or anything else yang boleh buat aku lupakan masalah aku sekejap, then after emosi stabil baru aku akan muhasabah balik and fikirkan solution.
Di sini ada beberapa tips yang sesuai untuk korang baca 😀😁😎
1. Istighfar dan selawat
Kita selalu diingatkan untuk selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan. Selalu ada harapan bagi yang berusaha oleh itu cubalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri.
2. Mengawal minda
Sebagai langkah untuk mengawal emosi, anda hendaklah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal minda separa sedar, anda perlu mencari ketenangan anda sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. Anda boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan oleh itu anda akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.
3. Kawal apa yang anda katakan dan fikirkan
Apabila anda melihat perangai orang lain, kata yang diungkapkan mereka dan apa sahaja anda Cuma perlu fokus tergadap nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. Hal ini dapat melatih minda separa sedar anda untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.
3 comments