Welcome to My Land || Follow or Dashboard
Powered by Blogger.

Pages

  • Home

A F F R I E N A | S T O L L Y


Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Bagaimana menenangkan hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Genap 06 september 2017 (07.55 pm), Nenek atau gelaran tokwan yang paling aff sayangi telah kembali ke rahmatullah. Semasa kejadian aff berada di JB untuk menuntut ilmu and pada pukul 6.30 petang, mak call aff untuk memaklumkan tokwan telah tenat and meminta aff untuk balik Terengganu. Alhamdulillah on the spot tiket bas ada and at the same time, Tokwan sudah bernyawa lagi. Sedih?? ye aff terkilan sebab tak dapat nak berjumpa face to face sepanjag Hari Raya Haji cuma melalui video call sahaja. Sepanjang perjalanan balik, terngiang wajah arwah and setiap pesanan Tokwan pada aff seperti **Kak jangan pernah tinggal solat dan ngaji..** , **Belajar leklok, tokwan nak tengok kak berjaya..**

Air mata dan doa sahaja yang menemani sepanjang perjalanan balik. Semasa perjalan balik, mak cakap wajah arwah macam tengah tidur, kulitnya kuning, dan berpeluh. Aff tersenyum. Ye tokwan meninggal dalam husnul khatimah.  


Dipendekkan cerita, selepas sampai di kampung Aff diberi peluang untuk menguruskan memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Semasa mengkafankan jenazah, aff tak dapat menahan air mata sebab waktu tu adalah last aff dapat jumpa tokwan and kucup pipi and dahi tokwan lama2 :(

Tokwan, doa akak untuk tokwan sentiasa ada and setiap pesanan tokwan akak takkan lupa :') Semoga roh Tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.. Al-Fatihah..

akak sayangkan tokwan sangat ! 




Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Assalamualaikum guys, haaa after balik kelas tadi terus mengadap lappy and sambil berblogwalking, ternampak satu giveaway di blog Azie ni. Disebabkan aff tak penah join giveaway ni so aff nak mencuba nasib and try join giveaway ni. So jom bloggers join this giveaway and support our members :D Syarat-syarat untuk join this giveaway pun mudah and simple je, 

1.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog saya Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.
5.Copy & paste URL entry korang ke dalam ruang komen.



p|s : untuk maklumat lebih lanjut korang boleh click je banner ni ^^


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments




Assalamualaikum.. Saya nak berkongsi sedikit artikel mengenai:
Bagaimana cara untuk menjadi seorang yang tidak mudah down apabila ditimpa musibah atau ujian Allah?
Contoh: kita jadi down apa bila ada masalah dengan kawan sebab kawan tersebut asyik menyindir atau mengutuk kita sahaja atau pun apa-apa sahaja masalah.
Okay, first sekali kalau kita ditimpa musibah atau ujian yang berat, janganlah mengeluh ataupun menyalahkan takdir sebaliknya berkatalah ‘Alhamdulillah aku adalah insan yang dipilih untuk menerima ujianmu ya Allah‘.
Dan senyumlah walaupum sebenarnya kamu hendak menangis.
Apabila saat kamu difitnah, dihina, disindir atau apa-apa sahaja kata-kata yang menyakitkan hati kamu, janganlah kamu berbalas kata kembali kerana jika kamu berbalas kata-kata tersebut maka diri kamu itu tidak ada jauh beza dengan diri mereka yang mencerca dirimu.
Senyumlah dan berkata Alhamdulillah.
Janganlah kamu down atau berputus asa dengan apa yang kamu alami.
Anggaplah bukan kamu sahaja yang ditimpa masalah, fikirlah ramai lagi orang diluar sana yang ada masalah lebih besar daripada kita.
Yang penting mind set kita tu kena betul, kita kena selalu brain wash otak kita dan kena selalu berfikiran positif.
Jangan mudah mengalah. Jangan sesekali set otak kita untuk berfikiran seperti ‘ Allah bagi aku ujian sebab allah tak sayang aku, sedangkan orang lain tak ada pun ujian’
Allahu akbar..janganlah salahkan takdir Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Saya dulu juga pernah berfikira begitu tetapi apabila ibu saya beritahu saya bahawa Allah tidak akan memberi kamu ujian diluar kemampuan hambanya.
Allah beri kamu ujian kerana Allah merindui rintihan hambanya.
Sejak itu, saya tidak lagi berfikir begitu.
Cuba kita lihat diri kita, adakah diri kita ini sudah jauh atau semakin dekat dengan Allah?
Allahu tepuk dada tanya diri kita apa jawapan.
Janganlah kamu merasa rendah hati atau kamu itu terlalu naif sehingga dicaci, dihina.. anggaplah tidak semua orang sempurna.

akuIslam
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Indahnya Kejadian Wanita...Wanita Dan Air Mata...

Sebut sahaja WANITA DAN AIR MATA...aku sendiri tidak dapat memahami diri aku sebagai seorang lelaki. Kadangkala aku melihat wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yg sudah berlalu...mengenangkan cinta pertama yang kecundang...mengenangkan cinta yang tidak pernah kesampaian...mengenangkan dosa yang dilakukan...mengenangkan dosa terhadap ibu bapa...

Kadangkala pula,aku melihat hal yang begitu sedih berlaku...Wanita langsung tidak menangis!!! MENGAPA??? Adakah jika wanita menangis dihadapan orang membuktikan bahawa wanita itu telah tewas dan mengundang simpati orang???

Aku pernah bertanya kepada Wanita...Mengapa Wanita Suka Menangis...dia menjawab "dia tidak mengerti??? Sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberikan hadiah menangis, berlaku hal sedih menangis...Dan jawapan yang aku berikan ialah...Kamu tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti... dan sememangnya lelaki tidak akan memahami perkara ini kerna wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa dia perlu menangis...

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."

Apabila ditinggalkan kekasihnya...Wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta. dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan...

Apabila suaminya dilanda musibah...Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga...

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi...Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...

Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu..air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian...


Mengapa harus ada air mata??? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas aku berfikir, sedikit demi sedikit mulai aku fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN...


Air mata kekuatan, untuk melahirkan bayi dari rahimnya. Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat semua anak dan keluarga, dalam kaadaan apapun, dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa mengeluh. Padahal tak jarang orang-orang yang dicintai itu menyakiti perasaan dan melukai hatinya.

Air mata ketabahan, atas kesedarhanaan hidup namun tak membuatnya terasing dalam pergaulan. Apalagi sampai mengurangi husnuzhannya terhadap Allah. Airmata ketegaran, saat rumah tangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cubaan. Seperti tangisan bahagia Khansa’ atas wafatnya suami dan tiga putera tercinta di medan jihad, syahid demi membela kekasih sejati: Muhammad SAW. Itulah airmata keperkasaan, pantang menyerah saat melalui masa-masa sulit. Kesusahan dan ujian itu membentuk kepribadian yang kuat dan teguh.

Air mata kesucian, sebagaimana tangisan Aisyah ra ketika dituduh berselingkuh oleh kaum munafik. Sehingga menimbulkan percakapan negatif dikalangan umat Islam bahkan Rasul pun hampir terpengaruh. Tapi Allah maha tahu. Airmata kesucian itu dikukuhkan kebenarannya oleh al-Qur’an.

Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan karena kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya....

Sesungguhnya...wanita dan air mata memang tidak dapat dipisahkan... tetapi wahai kaum hawa, menangislah utk perkara yg membawa kebaikan kepadamu. jgn lah menangis utk perkara yg akan menambahkan lagi kedukaanmu... menangislah jika rasa ingin menangis...walau seteguh mana pun jiwa mu itu, air mata tetap akan menjadi temanmu sama ada dihadapan sahabat, keluarga atau dibelakang mereka...air matamu pasti akan berguguran jua...
by;- G Wadee
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



No matter what you look like, the key is to, first of all, be happy with yourself.Then you know if you want to try to improve things that you don't like about yourself, then do it after you appreciate yourself.

It is true, that we get tired sometimes or maybe, most of the time. But don't you ever give up. Especially on getting something or the one that you really want. It might be hard and difficult now. At the end, the hard work of efforts and all the sacrifices paid off.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


A friend is one of the greatest assets that any person can have. Apart from the good times that friends share by being in each others' company, having a good friend in life means much more. It means having someone who provides strength and support and makes life worth the moments that are spent together. So when there is a rift or break in a friendship (for whatever reasons) it is one of the greatest losses that a person can experience. After a breakup in friendship, a person might go through several emotions that range from anger, sadness, hurt, cynicism and depression, all of which fall under the natural process of healing. 


Not all scars show, not all wounds heal. Sometimes you can't always see the pain someone feels. 

Whoever says Friendship is easy has obviously never had a true friend!

I'm not even going to get mad anymore. I'm just going to learn to expect the lowest out of the people I thought the highest of

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Bila kita bercakap mengenai fobia, semua orang mempunyai perasaan fobia mereka terhadap sesuatu perkara or benda or binatang. Mungkin masih ada yang tak tahu FOBIA ni amende eh. Fobia adalah rasa takut yang berlebihan terhadap objek atau situasi tertentu. Ketakutan berlebihan ini boleh menyebabkan tekanan, kecemasan, serta kepanikan yang teruk dan boleh berlarutan. Berdasarkan jenis ketakutannya, fobia dibagi menjadi dua. Fobia yang pertama adalah fobia spesifik.

Fobia spesifik biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak atau remaja. Contoh-contoh fobia spesifik adalah fobia terhadap (kedalaman air atau ketinggian), fobia terhadap haiwan (ular, ulat, atau labah-labah), fobia dengan situasi (berjumpa dengan doktor, takut jarum suntik atau darah), dan fobia dari segi seksual.



Fobia jenis kedua adalah fobia kompleks. Jenis fobia ini biasanya bermula sejak dewasa. Salah satu contoh fobia kompleks adalah fobia sosial. Orang yang menderita fobia ini akan merasa cemas ketika berada di dalam kelompok sosial (gugup untuk bercakap di depan). Mereka takut dipermalukan oleh orang lain atau mempermalukan dirinya sendiri jika salah bicara. 
Selain itu, Jenis fobia kompleks juga adalah takut kepada tempat-tempat yang mana boleh menyebabkan mereka merasa terperangkap atau takut untuk meninggalkan rumah kerana risaukan dengan keadaan orang ramai. Walau bagaimanapun terdapat beberapa rawatan yang sesuai bagi merawat penyakit ini, seperti :
A. Terapi pertuturan.
Rawatan ini berkesan dalam mengatasi pelbagai fobia. Jenis terapi pertuturan yang boleh digunakan ialah:
1. Kaunseling: kaunselor biasanya akan mendengar permasalahan seseorang, seperti ketakutan ketika berhadapan dengan barangan atau situasi yang membuatnya fobia. Setelah itu kaunselor akan menyediakan cara untuk mengatasinya.
2. Psikoterapi: seorang psychotherapist akan menggunakan pendekatan secara mendalam untuk mencari penyebabnya dan memberi cadangan bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
3. Terapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behavioural Therapy / CBT): iaitu suatu kaunseling yang akan menggali fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang dalam rangka mengembangkan cara-cara praktif yang berkesan untuk melawan fobia.
B. Terapi pendedahan diri (Desensitisation).
Orang yang mengalami fobia sederhana boleh dirawat dengan menggunakan bentuk terapi perilaku yang dikenali dengan terapi pendedahan diri. Terapi ini dilakukan secara berperingkat selama tempoh waktu tertentu dengan melibatkan objek atau situasi yang membuatnya takut. Perlahan seseorang akan mula merasa kurang cemas atau takut. Kadang-kadang digabungkan dengan rawatan dan terapi tingkah laku.
C. Ubat-ubatan.
Penggunaan ubat sebenarnya tidak diasyorkan untuk mengatasi masalah fobia, kerana biasanya dengan terapi bicara saja sudah cukup berjaya. Walau bagaimanapun, ubat ini digunakan untuk mengatasi kesan-kesan fobia seperti kebimbangan yang berlebihan.


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Assalamualaikum, and hye guys. Fuhhh baru beberapa hari tak update dah berhabuk blog aku nih, acah boleh nampak habuk. Lol. Okay, berbalik pada topik yang aku nak share hari ni MACAM MANA KORANG HANDLE DENGAN EMOSI KORANG BILA BERDEPAN DENGAN UJIAN/ MASALAH. Setiap orang dilahirkan dengan berbeza beza personaliti dan cara untuk perform or handle dengan pelbagai situation. Bagi aku, setiap emosi akan dipengaruhi dengan situasi or masalah. Jenis aku, alternatif paling berkesan bagi aku ialah pergi bilik member then ajak dorang sembang, gelak2, and sedikit sebanyak emosi aku akan jadi chill and cool. Kalau member2 takde pergi kelas ke, aku akan buka drama2 korea contohnya ''Descendent of the Sun'' or anything else yang boleh buat aku lupakan masalah aku sekejap, then after emosi stabil baru aku akan muhasabah balik and fikirkan solution. 


Di sini ada beberapa tips yang sesuai untuk korang baca 😀😁😎 

1. Istighfar dan selawat

Kita selalu diingatkan untuk selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan. Selalu ada harapan bagi yang berusaha oleh itu cubalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri.

2. Mengawal minda

Sebagai langkah untuk mengawal emosi, anda hendaklah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal minda separa sedar, anda perlu mencari ketenangan anda sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. Anda boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan oleh itu anda akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.

3. Kawal apa yang anda katakan dan fikirkan

Apabila anda melihat perangai orang lain, kata yang diungkapkan mereka dan apa sahaja anda Cuma perlu fokus tergadap nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. Hal ini dapat melatih minda separa sedar anda untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


First of all aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab result untuk sem lepas dah achieve target aku. Alhamdulillah, dekan. Yeahhh hadiah dekan untuk mak ayah aku yang dah menjadi major supportive aku selama ni, family, Mr Nadin Ahmad, lecturers and sahabat-sahabat aku.  Aku tak expect yang Final Year Project (FYP1) aku dapat gred A. Thanks Mr Mohd Hilmi bin Abd Rahman yang banyak guide aku as a supervisor. Bagi Last sem ni jugak, aku kena pulun betul-betul untuk score lebih tinggi lagi apatah lagi dengan subject agak core. Arghhhh the calculation of Quantitative Analysis. Bab-bab calculation yang lebih susah dari akaun, and addmath. Apakah ??? Untuk FYP2 ni pulak sv dah mula start dari first week untuk tengok progress and create the questionnaire. Fuhhhh, lepas FYP1, FYP2 menanti semester ni pulak. Semoga dipermudahkan. Ameen.


Keep strong, Keep Motivated. Oh yeah !

A moment of patience in a moment of anger prevents a thousand moments of regrets.
                                                                                           Ali Ibn Abi Talib 






Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum bloggers, viewers.  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahai kerana masih diberi peluang untuk merasai puasa pada tahun ni. So memandangkan esok kita akan memulakan hari dan aktiviti di bulan Ramadhan, so sis nak share sedikit beberapa amalan sunat yang boleh kita semua amalkan di bulan yang mulia ini and at the same time kita sama sama meraih ganjaran pahala di bulan Ramadhan :D Chaiyokk !!

1) Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. Berbeza jika dia hanya merasa syak, maka wajib ke atasnya berjaga-jaga dan melewatkan berbuka.




2) Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang
– waktu sahur bermula dari tengah malam
– hikmahnya adalah untuk menguatkan badan dan menyalahi perbuatan ahli kitab yang tidak bersahur.
3) Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat. Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar.
4) Berbuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil. Jika tiada, maka dengan busr (kurma segar). Jika tiada, maka dengan tamr (kurma kering) . Jika tiada, maka dengan air zam. Jika tiada, maka dengan makanan manis (tidak disentuh api) seperti madu dan kismis . Jika tiada, maka dengan masakan manis (disentuh api) seperti kuih-muih.

5) Membaca doa berikut :
(اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ)
Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.
Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.
[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]
6) Menjamu orang berbuka puasa, kerana padanya pahala yang besar.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu)). Riwayat Tirmidzi (dan beliau mentashihkannya), Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban,
7) Mandi janabah (jika ada) sebelum fajar, untuk mengelak dari khilaf yang ada dan supaya dia dapat memulakan puasanya dalam keadaan suci.
8) Mandi setiap malam di Bulan Ramadhan selepas maghrib supaya dia cergas untuk melakukan ibadah qiam.


9) Berterusan melakukan Solat Tarawih dari malam pertama hingga malam terakhir. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu)). Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
10) Tuntutan yang kuat untuk berterusan melakukan Solat Witr. Solat Witr di Bulan Ramadhan mempunyai 3 keistimewaan berbanding di bulan lain :
10.1 disunatkan berjemaah
10.2 disunatkan untuk menyaringkan bacaan
10.3 disunatkan padanya bacaan Doa Qunut di sebahagian akhir Bulan Ramadhan mengikut pandangan yang muktamad
11) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya.
Disebut di dalam satu athar : “Ramadhan adalah Bulan Al-Quran”.
12) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat, seperti solat rawatib, solat dhuha, solat tasbih dan solat awwabin.

13) Memperbanyakkan amalan-amalan soleh, seperti bersedekah, menyambung talian persaudaraan, menghadiri majlis ilmu, beri’tikaf, melakukan umrah, sentiasa menyedari kewujudan Allah dengan menjaga hati dan anggota badan serta banyak membaca doa-doa yang ma’thur iaitu yang datang daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
14) Lebih bersungguh dalam beribadat di sepuluh malam terakhir disamping mencari Lailatul, lebih-lebih lagi di malam-malam yang ganjil.
15) Memastikan berbuka puasa dengan santapan yang halal.
16) Melebihkan layanan kepada anak-anak.
17) Meninggalkan perkara sia-sia dan perbuatan memaki-hamun. Sekiranya dia dimaki seseorang, maka hendaklah dia mengingati dihatinya bahawa di sedang berpuasa, agar dia mengelak diri dari mencacatkan puasanya. Dan sunat juga untuk melafazkannya dilidah jika dia tidak takut berlaku riya’, sebagai amaran dan jawapan terbaik kepada musuhnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Affection 💕

Follow me :)

  • Instagram
  • Facebook

Pls drop your link here :D

Followers

Blog Archive

  • July 2021 (1)
  • September 2020 (2)
  • November 2019 (1)
  • August 2019 (1)
  • April 2019 (1)
  • January 2019 (2)
  • October 2018 (1)
  • September 2018 (1)
  • August 2018 (1)
  • May 2018 (2)
  • March 2018 (6)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (7)
  • May 2017 (3)
  • April 2017 (2)
  • March 2017 (5)
  • March 2015 (2)

Sponsor

recent posts

Like us on Facebook

Created with by ThemeXpose