Gangguan Jin atau Sleep Paralysis

by - September 06, 2020

 Cas Positif : Betul ke makhluk halus 'tindih' kita semasa tidur?


Assalamualaikum dear readers ! Setelah beberapa bulan aff menyepikan diri dari blogger disebabkan hal2 tertentu so harini aff 'come back' dengan content2 yang berguna untuk korang. Inshaa Allah. Berkenaan tajuk entri aff harini, mostly korang mesti pernah mengalami lumpuh tidur atau "Sleep Paralysis" semasa tidur kan? Lately aff jugak tengah mengalami sindrom lumpuh tidur tetiba badan rasa berat, pergerakan jadi terbatas seolah-olah kena tindih dengan sesuatu sama ada sesuatu itu adalah Jin ataupun Makhluk Halus. 

Apa Itu ‘Lumpuh Tidur’?

‘Lumpuh tidur’ adalah apabila anggota badan seseorang tidak dapat bergerak, bercakap atau bertindak balas pada masa yang sama. Ini boleh berlaku sama ada semasa sedang tidur atau semasa terbangun dari tidur.

Ini boleh menjadi pengalaman yang menakutkan kerana orang itu sedar sepenuhnya tetapi ‘lumpuh’. Satu lagi nama untuk gangguan ini ialah Old Hag Syndrome.

Istilah ” Old Hag Syndrome ” itu sendiri berasal dari kepercayaan tahayul kerana dikatakan seorang penyihir atau hag tua duduk di dada mangsa, menjadikannya tidak dapat bergerak. 

1. BERLAKU DALAM KEADAAN SEPARA SEDAR

Sleep paralysis ini berlaku antara waktu tidur dan jaga, di mana seseorang berada dalam keadaan separa sedar. Walaupun punca hilangnya upaya untuk bergerak masih menjadi belum diketahui secara tepat, para penyelidik berpendapat bahawa berlakunya lintasan rapid eye movement (REM), iaitu fasa di mana seseorang bermimpi.

Dalam fasa REM ini, otak masih belum menerima isyarat daripada otot untuk digerakkan lalu menyebabkan ia kaku dan seolah-olah ‘lumpuh’.

Dalam fasa REM, otot tidak boleh bergerak kerana saintis mempercayai ia adalah bagi mengelakkan kita melakukan sebarang tindakan yang membahayakan diri ketika kita bermimpi.


2. SERING MELIBATKAN HALUSINASI

Mimpi ngeri ketika mata terpejam dah cukup menakutkan kita, apatah lagi jika kita mengalaminya dalam keadaan mata terbuka. Menurut Dr Kushida, keadaan seperti ini berlaku kepada 3/4 daripada mereka yang mengalami sleep paralysis.

Halusinasi biasanya akan mengiringi fenomena sleep paralysis dan seseorang akan merasakan ada yang bergerak-gerak pada kulit, terdengar atau ternampak sesuatu, atau terasa seolah-olah tubuh terapung ke udara. Ish, seramnya!


3. WALAUPUN SEKEJAP, TERASA LAMA SUNGGUH!

Mujurlah sleep paralysis ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang sekejap saja, iaitu dalam beberapa saat atau minit.

Tapi bagi yang pernah mengalaminya, mesti tetap terasa lama, kan?

4. SESIAPA SAJA BOLEH MENGALAMINYA

Menurut kajian, sleep paralysis ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Namun, ia selalunya muncul pada seseorang antara usia 20-an hingga 30-an. Ia juga boleh berlaku berulang kali dan lazimnya ‘diwarisi’ dalam keluarga.

5. STRES & KURANG TIDUR FAKTOR UTAMA

Walaupun boleh berlaku kepada sesiapa, namun pemerhatian mendapati bahawa seseorang yang mengalami masalah stres serta kekurangan tidur adalah lebih berisiko mengalami sleep paralysis. Begitu juga halnya dengan mereka yang tidak tetap jadual tidurnya.

Jadi kalau nak elak pengalaman yang mengerikan ini, cubalah amalkan gaya hidup sihat agar stres dapat dihindari dan dapatkan tidur yang cukup, iaitu sekitar 6-8 jam sehari.

berat badan berlebihan kanak kanak

Foto Kredit: portal.gerchikco.com

6. DIKAITKAN DENGAN BEBERAPA MASALAH TIDUR

Sleep paralysis ini merupakan salah satu simptom sleep disorder yang menyebabkan seseorang terasa sangat mengantuk di siang hari.

Selain itu, ia juga mungkin petanda seseorang mengalami sleep apnea atau periodic limb movement disorder, di mana kaki anda sering menjadi kejang atau tersentak ketika tidur.

7. ELAK TIDUR TERLENTANG

Menurut pakar, seseorang yang tidur telentang lebih cenderung mengalami sleep paralysis berbanding posisi tidur yang lain.

Maka, cubalah tidur di posisi alternatif, seperti mengiring ke sisi. Meskipun posisi tidur lainmungkin bukan yang paling ideal, namun ia dapat mengurangkan risiko berlakunya sleep paralysis.

BERTENANG, DAPATKAN BANTUAN KLINIKAL JIKA PERLU

Menurut pakar, tindakan terbaik untuk dilakukan apabila seseorang yang mengalami sleep paralysis adalah bertenang kerana ia dapat mengurangkan rasa panik atau terancam.

Jika gangguan ini sering berlaku, jangan berasa malu mendapatkan bantuan daripada doktor. Doktor akan membuat analisis terhadap cara tidur anda serta apa yang berlaku semasa anda tidur untuk mengenalpasti punca sebenarnya.

 

*Sumber rujukan: Psych2go.com, Health.com

You May Also Like

0 comments