BICARA RINDU -PART I-

by - August 14, 2019


Kringg ! kring !! kring !! jam loceng milik gadis bermata hazel itu berdering menandakan pukul 6 pagi.

“hmmm, malasnya nak bangun..” Hayla menguap sambil  menggosok mata dan terpandang baju kurung berbunga merah jambu yang tergantung di sebalik daun pintu.

“Oh ya, harini hari pertama aku intern lah. Ahhhh nervousnya..” dengan malas, Hayla bangun membersihkan diri serta menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.

Kesibukan warga kota keluar mencari rezeki dan suasana di tempat tinggal baru memberikan pengalaman serta semangat baru buat Hayla Haura yang bergelar pelajar tahun akhir, jurusan Ijazah Sarjana Muda Industri Logistik di Universiti Kuala Lumpur. Gadis kelahiran Terengganu ini mengambil peluang yang ada sebagai salah satu cabaran untuk berjaya walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta di kampung. Hayla telah menerima tawaran praktikal di sebuah syarikat kontraktor selama enam bulan sebagai program wajib untuk lulus di semester akhir.

7.30 pagi, Hayla berdiri dengan tenang di hadapan pintu masuk Apartment Lily sambil menunggu pengangkutan awam yang lalu. Jarak antara syarikat kontraktor dengan tempat tinggal Hayla hanya mengambil masa 40 minit untuk Hayla sampai ke destinasi.

“Alamak ! awal lagi ni, baru pukul 8.10 pagi, kakak Hr tu cakap ofis bukak pukul 8.40 pagi ..” bebel Hayla sendirian..

“Apalah aku nak buat ni ek sambil tunggu ofis bukak. Oh ya ! “ sambil mengeluarkan telefon dan buka pada playlist lagu. Hayla menyanyi kecil sambil memandang jam di tangan.

........................................................................................................................................

Setibanya di syarikat tersebut, Hayla di sambut mesra oleh beberapa orang staf di situ.

“Hai! Saya Yasmin, panggil je kak Yasmin. Awak tunggu kat sini kejap ye, akak nak call En Rauf untuk inform kamu dah datang lapor diri harini” terang Yasmin selaku superior kepada gadis itu.

“Hai! Saya Hani dan ni Siti.” Hayla menyambut mesra sambil memperkenalkan diri.

“Hai! Saya Hayla.” ujar Hayla sambil senyum.

Sambil menunggu dirinya dipanggil superior, Hayla memandang setiap ruang yang ada di meja penyambut tetamu dan satu susuk tubuh melewati kawasan tersebut sambil memandang Hayla dengan pandangan kosong tanpa senyum.

“Eh kereknya mamat ni! Pagi-pagi orang kena banyakkan senyum baru masuk rezeki. Ni tak! Kelat semacam je. Oh ya, maybe gaduh dengan isteri kot semalam tu yang muka kerek semacam je…”, bebel Hayla dalam hati.

........................................................................................................................................

TO BE CONTINUED :)


You May Also Like

5 comments