Tips penjagaan rambut bagi yang bertudung!

by - March 02, 2018



Bagi wanita yang bertudung, penjagaan rambut sangat penting. Ini kerana aliran udara yang tidak sempurna ketika bertudung boleh menyebabkan rambut anda rosak. Penjagaan rambut yang betul dan rapi sangat penting untuk memastikan rambut anda sentiasa sihat dan cantik. Jelita kongsikan tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung.
 
Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari

Anda tidak perlu cuci rambut setiap hari cukup setakat setiap 2 atau 3 hari sekali. Sekiranya anda ingin mencuci rambut pada sebelah pagi, pastikan anda cuci rambut anda 2 jam sebelum memakai tudung. Keringkan rambut secara semulajadi dan biarkan rambut anda bebas dan jangan bungkuskan dengan tuala.
 
Keringkan Secara Semulajadi
Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum anda memakai tudung. Elakkan dari menggunakan pengering rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda kusam dan tidak bermaya. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut anda lepas bebas dan elakkan dari membungkus rambut anda dengan tuala.
 
Pilih Kain Tudung Yang Sesuai
Pemilihan kain tudung yang sesuai juga penting untuk memastikan rambut anda sentiasa sihat. Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat dari material kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuatkan kulit kepala anda cepat berpeluh. Kalau anda selesa, elakkan dari memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan kemas supaya rambut tidak terkeluar.
 
Rehatkan Rambut
Sebaik sahaja anda sampai di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala anda bernafas terlebih dahulu. Rehatkan kulit kepala anda selama setengah jam untuk memastikan peluh di kulit kepala benar-benar kering. Sebaiknya, anda buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut anda terus bertudung atau jangan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
 
Pilih Syampu Yang Sesuai
Cari syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Usah khuatir kerana sekarang ini terdapat banyak syampu yang dibuat khas untuk wanita bertudung. Pilih yang mana sesuai dengan anda.

You May Also Like

2 comments