Al fatihah untuk Tokwan

by - September 12, 2017


Genap 06 september 2017 (07.55 pm), Nenek atau gelaran tokwan yang paling aff sayangi telah kembali ke rahmatullah. Semasa kejadian aff berada di JB untuk menuntut ilmu and pada pukul 6.30 petang, mak call aff untuk memaklumkan tokwan telah tenat and meminta aff untuk balik Terengganu. Alhamdulillah on the spot tiket bas ada and at the same time, Tokwan sudah bernyawa lagi. Sedih?? ye aff terkilan sebab tak dapat nak berjumpa face to face sepanjag Hari Raya Haji cuma melalui video call sahaja. Sepanjang perjalanan balik, terngiang wajah arwah and setiap pesanan Tokwan pada aff seperti **Kak jangan pernah tinggal solat dan ngaji..** , **Belajar leklok, tokwan nak tengok kak berjaya..**

Air mata dan doa sahaja yang menemani sepanjang perjalanan balik. Semasa perjalan balik, mak cakap wajah arwah macam tengah tidur, kulitnya kuning, dan berpeluh. Aff tersenyum. Ye tokwan meninggal dalam husnul khatimah.  


Dipendekkan cerita, selepas sampai di kampung Aff diberi peluang untuk menguruskan memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Semasa mengkafankan jenazah, aff tak dapat menahan air mata sebab waktu tu adalah last aff dapat jumpa tokwan and kucup pipi and dahi tokwan lama2 :(

Tokwan, doa akak untuk tokwan sentiasa ada and setiap pesanan tokwan akak takkan lupa :') Semoga roh Tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.. Al-Fatihah..

akak sayangkan tokwan sangat ! 




You May Also Like

6 comments