Assalamualaikum.. Saya nak berkongsi
sedikit artikel mengenai:
Bagaimana cara untuk menjadi seorang
yang tidak mudah down apabila ditimpa musibah atau ujian Allah?
Contoh: kita jadi down apa bila ada masalah
dengan kawan sebab kawan tersebut asyik menyindir atau mengutuk kita sahaja
atau pun apa-apa sahaja masalah.
Okay, first sekali kalau kita ditimpa
musibah atau ujian yang berat, janganlah mengeluh ataupun menyalahkan takdir
sebaliknya berkatalah ‘Alhamdulillah aku adalah insan yang dipilih untuk
menerima ujianmu ya Allah‘.
Dan senyumlah walaupum sebenarnya kamu
hendak menangis.
Apabila saat kamu difitnah, dihina,
disindir atau apa-apa sahaja kata-kata yang menyakitkan hati kamu, janganlah
kamu berbalas kata kembali kerana jika kamu berbalas kata-kata tersebut maka
diri kamu itu tidak ada jauh beza dengan diri mereka yang mencerca dirimu.
Senyumlah dan berkata Alhamdulillah.
Janganlah kamu down atau berputus asa
dengan apa yang kamu alami.
Anggaplah bukan kamu sahaja yang ditimpa
masalah, fikirlah ramai lagi orang diluar sana yang ada masalah lebih besar
daripada kita.
Yang penting mind set kita tu kena betul,
kita kena selalu brain wash otak kita dan kena selalu berfikiran positif.
Jangan mudah mengalah. Jangan sesekali set
otak kita untuk berfikiran seperti ‘ Allah bagi aku ujian sebab allah tak
sayang aku, sedangkan orang lain tak ada pun ujian’
Allahu akbar..janganlah salahkan takdir
Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Saya dulu juga pernah berfikira begitu
tetapi apabila ibu saya beritahu saya bahawa Allah tidak akan memberi kamu
ujian diluar kemampuan hambanya.
Allah beri kamu ujian kerana Allah merindui
rintihan hambanya.
Sejak itu, saya tidak lagi berfikir begitu.
Cuba kita lihat diri kita, adakah diri
kita ini sudah jauh atau semakin dekat dengan Allah?
Allahu tepuk dada tanya diri kita apa
jawapan.
Janganlah kamu merasa rendah hati atau kamu
itu terlalu naif sehingga dicaci, dihina.. anggaplah tidak semua orang
sempurna.