Sabar dengan setiap ujian.. Inshaa Allah aku kuat !
Cukuplah Allah yang tahu betapa remuknya kamu, betapa kamu rasa tidak sanggup menghadapi setiap ujian yang menghampiri, betapa lelahnya kamu dalam resah mengakui ketidakmampuanmu, Cukulah Allah yang tahu.
Allah tidak pernah tidak melihat air matamu,
Allah tidak pernah tidak melihat usahamu,
Allah tidak pernah tidak mendengar doamu.
Kamu berhak terlihat kuat dan baik-baik sahaja di hadapan sesiapa pun. Sama halnya kamu berhak untuk tidak mengeluh di hadapan hamba yang sama-sama tiada daya dan upaya kecuali pertolongan-Nya.
Carilah hikmah dalam segenap perkara yang kita kerjakan. Hanya dengan itu, diri kita akan tersenyum dan terus tersenyum, meskipun kita diuji dengan ujian yang tidak pernah dipikul oleh sesiapa pun di dunia ini
-Habib Ali Zaenal Abidin-
0 comments